| Berita Harian Online |
| Utusan Online |
| Sinar Harian |
| The Star |
| JPN Pahang |
| Aplikasi SQSS |
| Aplikasi STS |
| LPM |
| USM |
| UKM |
| UM |
| UiTM |
| JPA |
| Sejarah Sekoah |
|
|
|
| Wednesday, 20 January 2010 | |
|
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kuala Krau mula dibuka pada tahun 1965. Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kuala Krau (SRJKC) dan beroperasi pada sebelah petang. Sekolah ini mula menggunakan bangunan sendiri pada tahun 1967 apabila ianya siap dibina. Bangunan asal sekolah ini terdiri daripada 2 blok sahaja termasuk kelas (terdiri dari tingkatan 1,2 & 3 ) dan pejabat pentadbiran. Ianya dirasmikan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1968.
Sejajar dengan pertambahan pelajar yang meningkat, pada tahun 1977 sekolah ini telah dibuka kepada dua sesi iaitu pagi dan petang. Sesuai dengan pertambahan pelajar sebuah demi sebuah bangunan baru dibina dan hasilnya pada tahun 1978 bangunan dua tingkat telah dibina (blok 5), bangunan tiga tingkat 1987 (blok 1), bangunan satu tingkat 1990 (blok 6), bangunan dua tingkat 1994 (blok 7).
Bagi kemudahan pelajar-pelajar yang tinggal jauh dan memerlukan tempat tinggal di sekolah, dua blok bangunan asrama tiga tingkat telah dibina pada tahun 1976 dan diguna pakai dalam tahun 1977 untuk putera dan puteri yang bolh menampung seramai 200 orang.
Kemudahan pengajaran dan pembelajaran khususnya pembelajaran Agama Islam, sebuah surau telah dibina secara gotong royong oleh pihak PIBG pada tahun 1982. Ianya dapat dibina hasil sumbangan derma orang ramai secara beransur-ansur. Hasilnya penghuni asrama boleh bersembahyang berjemaah di samping pembelajaran amali solat dan aktiviti-aktiviti Pendidikan Islam.
Perkembangan pendidikan terus menerus berlaku dan pada tahun 1983 sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan kuala Krau. Ianya dilakukan kerana tingkatan empat mula diwujudkan dan sejajar dengan itu pada tahun 1996 sekolah ini ditukar status dari Gred B ke Gred A.
Arus perkembangan pendidikan semakin melangkah ke hadapan lebih-lebih lagi di luar Bandar pada tahun 2002 sebuah Makmal Komputer dibina dan diguna pakai bersama dengan sebuah bangunan Dewan Perhimpunan Sekolah. Tidak cukup dengan itu sebuah lagi bangunan tambahan(Makmal Sains Tulen) telah dibina dan diguna pakai pada Januari 2004. Sebuah kompleks Asrama Puteri juga dibina dan mula dihuni pada Jun 2004 yang boleh menampung seramai 200 orang. Walau bagaimana pun kapasiti sebenar ianya boleh dihuni sehingga 400, orang jika katil 2 tingkat.Tidak ketinggalan juga, disamping pembinaan kompleks Asrama Puteri sebuah surau dibina dan boleh memuatkan jemaah seramai 350 orang pada satu masa. Terkini, sebuah bilik darjah telah dinaik taraf menjadi pusat akses dan dibekalkan 10 buah komputer untuk kegunaan akses oleh guru dan semua pelajar telah diguna rasmi pada Ogos 2007 . Manakala pada awal April 2008, projek kuarters guru dengan 8 unit untuk staf pendidikan mula dibina menggantikan rumah Pengetua dan 2 unit rumah guru sedia ada. Manakala penyerahan secara rasmi kepada pengetua pada 23 Desember 2009. |